Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 2, 2014


Georgetown :“Saya ingin memohon maaf kepada semua tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong,” kata Norhafizah Abu Bakar, 27, yang kesal dengan insiden anak lelakinya, Muhammad Azrul Danish, 7, ditampar guru Bahasa Inggeris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Kesal dengan apa yang berlaku Norhafizah, tampil membuat permohonan maaf itu kepada semua tenaga pengajar sekolah terbabit terutama pengetuanya.

Katanya, pihaknya membuat permohonan maaf secara terbuka kerana ingin menyelesaikan masalah berkenaan secara baik selain turut mengaku kejadian berpunca akibat sikap yang terlalu terburu-buru.

“Tindakan terburu-buru kami mengakibatkan berlaku salah faham selain mendengar sebelah pihak semata-mata, saya meminta maaf kepada guru besar, Aliasa Abdul Rahman, guru bahasa Inggeris dan semua guru Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong.

“Saya mengaku atas kesilapan dalam menangani masalah itu dan demi menjaga nama baik sekolah serta mempertahankan kredibiliti, integriti dan maruah semua tenaga pengajar sekolah permohonan maaf ini dibuat,” katanya, semalam.

Dia dan suami turut melahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku selain berhasrat menemui guru besar termasuk guru wanita untuk meminta maaf sekali gus menyelesaikan masalah itu. - Harian Metro

18 comments:

  1. Sejarah sebuah kota yang penuh dengan maksiat dan kesemua penduduk kota tersebut telah diazab oleh Allah dengan berlakunya letusan Gunung berapi...
    Sejarah Kota Pompeii Yang Musnah Akibat Letusan Gunung Vesuvius

    ReplyDelete
  2. X payah tampar murid kalau x siap kerja sekolah sekali pun. Budak2 pun ade maruah dan rasa malu dgn rakan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 ok ja kena tampar, x masuk paper pun, x jadi kes pun. Zaman la ni ja budak2 dimanjakan

      Delete
    2. Sebab perangai ibu bapa cmnilah..displin anak2 tidak dpt dipupuk disesi persekolahan. Saya dlu belajar dari malu jika didenda..dirotan atau ditampar untuk menjadi insan lebih baik.

      Delete
    3. kdg2 kene tegas dalam mengajar tuk jadikan anak2 tu insan yg baik n boleh diharap dimasa depan..tkkn nk biar je kot...adeh...

      Delete
    4. Semoga org mcm ko cepat mampus dan pupus fazilah. Klau hidup pun menyusahkn org je. Klau budak tu ada maruah, dia buat dh keje sekolah dia..

      Delete
    5. Aku dulu kalau kerja sekolah tak siap, kena tampar, rotan atau berdiri atau kerusi dan sewaktu dengannya sampai takut kalau tak siap kerja sekolah, al hasilnya kerja sekolah disiapkan walaupun taktau jawapan betul atau salah, mak bapak macam ko ni memang teruk, manjakan anak, aku kalau report kena tampar ngan cikgu, mak aku pijak2 aku kat rumah, bukan g marah cikgu tu...

      Delete
    6. Inilah realitinya...cikgu skrg tiada lg hak utk mendidik..hanya berpeluang mengajar..mengajar murid yg nk belajar shj. Hak mendidik hanya ada pd ibubapa, jgn salahkan cikgu jika ank kurang ajar..sbb ibubapanya sendiri yg mengajarnya menjadi begitu.

      Delete
    7. Kalau dulu kena tampar cikgu, x berani bagitau mak bapak. Nanti kena 2nd round.

      Apa? Cikgu pukul? Haaa..ni mesti sebab ko nakal! meh sini! Dush!!

      Delete
    8. cikgu 2 xtmpar pon la, ko xreti baca ke

      Delete
  3. Betul.. Stakat keje skolah xsiap je pun.. Die nak blajar ke ponteng ke biarkan saja.. Mereka amat bermaruah

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya cikgu tu x penampo pun.murid tu menipu.kesan pipinya alahan semata yg disahkan dokto.mak bapaknya sibuk nk nenyaman cikgu tu.sekarang sibuk nk mnta aaf pulak..xbc berita sebelum ni le tu

      Delete
  4. Ada yang bagi komen tapi tak tau cerita sebenar.

    ReplyDelete
  5. Teringat dialog masa bapak aku hantar aku belajar ngaji: "Tok, ni anak saya; minta Tok ajar lah saya ni ngaji Quran dan cara jadi orang. Tok pukul lah kalau dia degil, asalkan jangan patah riuk dah le... Ni saya saya sertakan Quran, sebilah rotan.... bla bla...... " Berlaku dalam tahu awal 70an... Zaman la ni??? Huh...Tak dapek la den nak ngoba an cam mano....

    ReplyDelete
  6. aku dulu kene rotan, kene tampar rilek je...x de pn smpai ponteng skolah...bdk2 ponteng skolah bukan salah guru, salah mak bapak x amik kesah lansung psl ank2...

    ReplyDelete