Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 12, 2014

No Comment


PETALING JAYA – Pelakon Kilafairy memberitahu, ibunya iaitu penyanyi Rohana Jalil sering memberi nasihat agar dia lebih berhati-hati dengan perlawaan golongan VVIP termasuk kerabat diraja.

Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan, 22, berkata, perkara tersebut dijadikannya panduan agar lebih menumpukan perhatian terhadap bidang seni dan bukan mencari kemewahan serta populariti melalui jalan mudah.

“Bohonglah kalau tiada golongan VVIP atau kerabat cuba mendekati kerana semua yang menjadi artis pasti akan menerima ujian seperti ini. Mama (Rohana) banyak bagi nasihat untuk berhati-hati dan bercerita tentang pengalaman rakan-rakannya yang diganggu golongan VVIP dengan pelbagai cara.

“Ia terpulang kepada kita untuk terima atau tidak, saya tidak layan langsung kerana kalau dilayan nanti ia menjadi-jadi. Kalau boleh terus elakkan daripada pergi tempat-tempat yang ramai golongan seperti ini,” ujarnya.

Kilafairy tidak layan perlawaan golongan kerabat diraja dan VVIP.

Tambah Kilafairy, kebanyakan taktik golongan VVIP apabila mereka menggunakan kenalannya untuk menjemput bagi menghadiri sesebuah acara dalam usaha memikat hati.

Dia tidak pernah melayan sebarang undangan, mesej atau panggilan telefon daripada mana-mana individu VVIP yang dirasakan cuba mendekatinya kerana tujuan tersebut.

Sementara itu, Kilafairy yang bakal muncul dalam drama terbitan Tonton Music berjudul Hanya Satu mengakui dia tidak pernah mengejar populariti atau sebarang anugerah.

Katanya, dalam tempoh ini dia masih dalam proses belajar dan mengasah bakat dalam bidang lakonan.

“Saya tidak ambil semua tawaran yang datang kerana saya berlakon bukan untuk mengejar populariti atau anugerah, sebaliknya sebagai proses mengasah bakat.

“Saya banyak tolak drama dan filem yang menawarkan watak yang sama sahaja iaitu antagonis, kalau boleh saya mahu cuba pelbagai watak,” ujarnya.

Mengulas tentang tahap lakonan yang dikatakan masih kaku, Kilafairy berkata, dia menerima kritikan tersebut sebagai panduan untuk memperbaiki mutu lakonan.

Dalam pada itu Kilafairy bergandingan dengan Syarif (Sleeq), Raja Farah, Qhaud Rashid dan Wan Sharmila dalam drama Hanya Satu yang akan akan disiarkan pada pukul 12 tengah hari bermula 15 September ini.

Drama itu boleh disaksikan di laman web Tonton music www.tontonmusic.com.my. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment