Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 5, 2014



iPhone 6 telah dilaporkan mula dijual di China walaupun ia belum diperkenalkan secara rasmi di peringkat global.

China Mobile Beijinng, salah satu syarikat telekomunikasi telefon bimbit terbesar di China telah mula mengambil tempahan awal untuk telefon pintar itu dan laporan dan China Daily melaporkan jualan sudah mencecah lebih 33,000 unit sejak semalam.

Lebih dari itu, difahamkan terdapat dua jenis iPhone 6 yang dijual iaitu versi 4.7 dan 5.5 inchi setelah laman web China Mobile Daily mempromosikan dua jenis iPhone tersebut di laman webnya.

Menurut China Daily, tiada butiran yang dapat mengesahkan bila tarikh iPhone 6 akan dilancarkan atau bila pelanggan akan menerima unit yang mereka tempah. Harga bagi tempahan itu sudah pun diumumkan tetapi hanya bagi Hong Kong, bukan China.

Menurut beberapa sumber dari Internet berikut adalah harga iPhone 6 yang telah dihebahkan :

Model 4.7 Inchi 16GB : HKD6663 (RM2,732)
Model 4.7 Inchi 32GB : HKD7671 (RM3,145)
Model 4.7 Inchi  64GB :HKD8679 (RM3,558)

Model 5.5 Inchi 16GB : HKD7923 (RM3,248)
Model 5.5 Inchi 32GB : HKD8931 (RM3,662)
Model 5.5 Inchi  64GB :HKD9687 (RM3,972)

Apple dijangka akan melancarkan iPhone 6 minggu depan dan akan mula dijual di Singapura bermula 19 September ini - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment