Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 23, 2014

No Comment

BEIRUT – Kumpulan militan Negara Islam (IS) telah mengetatkan kawalan sekitar Kurdish di utara Syria ketika lebih 150,000 penduduk melarikan diri ke sempadan Turki, menurut aktivis kemanusiaan.

Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus berkata, kira-kira 130,000 pelarian telah menyeberangi Turki sejak Jumaat lalu dan jumlah itu semakin bertambah semalam.

Berikutan itu, bandar Kobane kini menjadi seperti pekan berhantu apabila hampir kesemua penduduk meninggalkan kawasan berkenaan bagi menyelamatkan diri daripada IS.

Militan IS telah menguasai berpuluh-puluh kampung Kurdish sejak minggu lalu dan mereka kini semakin mara ke tengah bandar Kabone yang terletak berdekatan dengan sempadan Turki.

“Bagaimanapun, bukan semua daripada mereka telah menyeberangi Turki,” kata Pengarah Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria, Rami Abdel Rahman pula.

Menurutnya, pejuang IS telah mengelilingi bandar itu seperti satu lingkungan dari tiga paksi iaitu barat, timur dan selatan.

“Di beberapa kawasan yang ditawan militan itu terletak 12 kilometer dari Kobane dan sesetengah kawasan pula 14 kilometer, manakala di beberapa kawasan yang lain hanya terletak 10 kilometer,” kata Abdel Rahman.

Satu sumber Kurdish yang berpangkalan di Beirut dan mempunyai saudara-mara di Kobane berkata, bekalan makanan masih boleh didapati di kawasan berkenaan.

“Apa yang kami bimbang ialah penduduk Kurdish dipaksa keluar secara kekerasan daripada tanah air mereka,” katanya.

Sementara itu, satu laman web, Welati memetik kenyataan seorang aktivis, Mustafa Abdidi sebagai berkata: “Jalan-jalan di sekitar Kobane telah sepi menyebabkan penduduk yang masih tinggal di situ berasa takut.”

Tambahnya, kebanyakan golongan wanita dan kanak-kanak telah meninggalkan kawasan itu kecuali golongan lelaki bersenjata api yang cuba menyekat kemaraan IS. – dpa

0 comments:

Post a Comment