Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 19, 2014

One Comment

Kadang-kadang nak tergelak juga SK dengan status-status yang dimuatnaikkan di laman sosial. Tapi mungkin bagi sesetengah pihak perkara-perkara tertentu adalah kelakar tetapi ianya adalah masalah serius dan amat menyedihkan bagi sesetengah pihak.

Bagaimanapun, orang kata cerita pasal rumah tangga kita dekat public ni tak elok. Tapi mungkin disebabkan sudah terlalu tidak tahan dengan masalah maka dengan bercerita kepada orang ramai boleh mengurangkan sedih di hati. Apatah lagi di Facebook yang sudah tentu akan dibanjiri dengan komen-komen pemberi semangat.

Di sini terdapat satu status yang menceritakan tentang masalah rumah tangganya. Menurut status tersebut si isteri terlalu tidak tahan akan suaminya itu selalu mengadap permainan video yang popular Clash of Clan (COC). Apa tidaknya, sudahlah jarang-jarang balik rumah kerana pekerjaan sudah tu pulak balik-balik mengadap video game.

Rasanya si suami masih belum cukup matang untuk mempunyai sebuah keluarga sendiri. Bukan penulis berniat untuk menghakimi situasi berkenaan tapi lihatlah kalau sampai tahap mengabaikan rumah tangga, isteri serta anak-anak kerana untuk berseronok.

Bagaimanapun dengan status ini dan dari respon para komentar dapat memberi nasihat dan mententeramkan hati si isteri. ─ SiakapKeli.com

1 comments:

  1. Salam..sila delete post nie ASAP sbb ia berkaitan dgn org yg sy kenali..dia mohon jasa baik admin tg remove agar tidak terus mengaibkan dia.. dia dah buat silap, jgn trs menghukum dia dgn menyebarkan post nie.. hrp dpt beri kerjasama secepat mungkin sblm tindakan selanjutnya diambil. trm ksh..

    ReplyDelete