Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 3, 2014

No Comment

ROME – Itali akan beraksi tanpa khidmat pertahanan tinggi lampai, Giorgio Chiellini pada perlawanan persahabatan, esok menentang Belanda akibat masalah kecederaan pangkal paha.

Kenyataan itu disahkan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), awal pagi ini.

Chiellini menjadi tumpuan dunia ketika Piala Dunia di Brazil selepas dia digigit penyerang Uruguay, Luis Suarez ketika perlawanan peringkat kumpulan.

Kecederaan yang dialami pertahanan Juventus itu dijangka turut memaksanya untuk melupakan perlawanan pembukaan kelayakan Euro 2016 Kumpulan H menentang Norway di Oslo pada Selasa depan.

Jurulatih baru Itali, Antonio Conte sudah pun kehilangan seorang lagi pertahanan Juventus, Andrea Barzagli menjelang perlawanan terbabit dan mungkin akan menurunkan Leonardo Bonucci dan Angelo Ogbonna. – AFP

0 comments:

Post a Comment