Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Masyarakat dari semasa ke semasa sering dikejutkan dengan berita kematian kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian  oleh ibu bapa sama ada di rumah atau kenderaaan.

Tentulah ibu bapa mempunyai alasan tersendiri untuk membiarkan anak-anak mereka, tetapi amalan sebegini seboleh mungkin perlulah dielakkan.

Menurut Pensyarah Undang-Undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal, kanak-kanak yang dibiarkan bersendirian sememangnya boleh melakukan aktiviti berbahaya sehingga boleh membawa maut.

Oleh itu, beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk melindungi anak-anak mereka dalam apa keadaan sekalipun.

“Ibu bapa perlu mempunyai naluri keibubapaan dengan sentiasa mempersoalkan kewajaran tingkah laku mereka sama ada ia mampu melindungi keselamatan anak-anak mereka,” katanya.

Noor Aziah yang juga Ahli Majlis Penyelaras Perlindungan Kanak-Kanak Malaysia berkata kebanyakan kes kematian kanak-kanak yang dilaporkan media kebelakangan ini adalah disebabkan kecuaian orang dewasa sama ada pengasuh mahupun ibu bapa.

“Tiada kanak-kanak yang sepatutnya mati akibat perbuatan ibu bapa mereka sendiri dan tidak ada ibu bapa yang mahu menanggung kesengsaraan dan kesedihan kerana tidak sengaja menyebabkan kematian anak mereka,” katanya.

Setakat hari ini tahun ini, lima kes kematian kanak-kanak akibat kecuaian ibu bapa dilaporkan yang antaranya melibatkan kanak-kanak yang ditinggalkan hampir sembilan jam dalam kenderaan dan terjatuh dari flat.

Dari segi perundangan, Noor Aziah menjelaskan kanak-kanak di Malaysia diberi perlindungan khas dan dikawal di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

“Akta ini turut memperuntukkan hukuman ke atas pihak (termasuk ibu bapa) yang cuai, abai atau menganiaya kanak-kanak atau menyebabkan kanak-kanak cedera, mati atau mendedahkan mereka kepada risiko yang menyebabkan kecederaan dan kematian,” katanya.

Noor Aziah berkata ini bermakna ibu bapa atau penjaga yang cuai boleh didakwa di mahkamah dan sekiranya disabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Sehubungan itu beliau menyambut baik cadangan untuk meminda Akta Kanak-Kanaak 2001 seperti yang dinyatakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang bertujuan mengenakan hukuman lebih berat terhadap ibu bapa yang cuai menjaga keselamatan anak-anak mereka. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment