Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 3, 2014

No Comment

BERNE – Presiden FIFA, Sepp Blatter mengulangi ketegasannya bahawa penganjuran Russia selaku tuan rumah Piala Dunia 2018 bukan untuk dibincangkan.

“Kami tidak mempunyai sebarang persoalan mengenai penganjuran Piala Dunia di Russia,” kata bos badan induk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa itu di Austria, lapor agensi berita DPA.

“Kami berada dalam situasi di mana kami sudah meluahkan kepercayaan kami kepada penganjur untuk Piala Dunia 2018 dan 2022.

“Ia (Boikot) tidak pernah mencapai sebarang kejayaan,” katanya,” kata Blatter.

Sejak krisis perang saudara yang melanda Ukraine dengan dakwaan pembabitan dari pihak Russia di Crimea, beberapa ahli politik mencadangkan hak penganjuran kepada Russia dilucutkan dan dibawa ke lokasi lain.

Presiden Russia, Vladimir Putin ketika ditanya sama ada negaranya berdepan risiko kehilangan hak penganjuran acara sukan antara terbesar dunia itu akibat kegawatan politik menafikan perkara terbabit.

“Saya berharap tidak. FIFA sudah pun berkata bola sepak adalah sukan dan tidak boleh bercampur dengan politik dan saya fikir, ia adalah pendekatan yang baik,” katanya.

Russia akan menganjurkan Piala Dunia 2018 di 12 buah stadium di 11 bandar termasuk dua di ibu negaranya, Moscow.

Selain Russia, penganjuran Piala Dunia di Qatar pada 2022 juga dikritik hebat kerana dakwaan terhadap penganiayaan tenaga kerja luar dalam bidang pembinaan. – REUTERS

0 comments:

Post a Comment