Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 12, 2014

No Comment


PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan dan penjawam awam secara keseluruhannya tidak wajar dipersalahkan berhubung kes kebocoran soalan bagi subjek Bahasa Inggeris dan Sains Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, ketidakwajaran itu kerana ramai penjawat termasuk guru menjalankan tanggungjawab dengan mematuhi peraturan atau undang-undang dan etika perkhidmatan awam.

“Tidak dapat dinafikan insiden ini mencemarkan kredibiliti dan integriti Kementerian Pendidikan serta imej penjawat awam secara keseluruhan walaupun siasatan masih dijalankan.

“Bagaimanapun, diharap rakyat memahami bahawa ini adalah angkara pihak yang boleh dikategorikan sebagai penjenayah kerana tidak jujur, tidak ikhlas dan tidak berintegriti, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan, pada Jumaat.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, kerajaan harus sentiasa memandang serius dan tegas terhadap sebarang insiden melibatkan penjawat awam menerima rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan kedudukan serta pecah amanah.

Beliau menambah, langkah itu penting kerana ia bukan sahaja membawa kesan kepada perkhidmatan awam itu sendiri malah kepada masyarakat dan negara secara umumnya.

Khamis, kementerian mengumumkan penangguhan peperiksaan subjek Sains UPSR kepada 30 September selepas menerima laporan berlaku kebocoran.

Lembaga Peperiksaan pula berkata, kertas Bahasa Inggeris yang sepatutnya berlangsung Khamis juga dibatalkan dan akan diadakan semula selepas ia didapati bocor.

Irmohizam berkata, selain itu, prosedur operasi standard (SOP) penyediaan kertas peperiksaan juga wajar dikaji semula dan kementerian berkenaan harus mengambil semua langkah sewajarnya untuk memastikan perkara sebegini tidak berulang. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment