Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 4, 2014

No Comment

TUMPAT – Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dinasihati agar tidak terpengaruh dengan fatwa tidak benar yang dikeluarkan oleh PAS.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi di kawasan itu perlulah bertindak secara rasional untuk memilih wakil rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) DUN kawasan itu 25 Sept ini.

“Kalau ikut emosi, kita akan terikut-ikut dengan fatwa yang tidak benar, oleh itu kena guna rasional dan pemikiran yang mendalam kerana PAS bukan agama tetapi parti politik seperti parti politik lain.

“Apa yang penting adalah siapa yang beri lebih banyak kebajikan di tempat ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Ikan Kering di Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan menteri Kewangan berkata pada pilihan raya umum 2013, Barisan Nasional kalah di lima kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam DUN itu iaitu Telaga Bata, Geting, Ketil, Tebing dan Kedai Geting.

“Kita (BN) menang tujuh PDM, jadi kita ingin menang untuk menjadikan kawasan ini sebagai kawasan contoh dan harapan kita kemenangan dapat dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan secara terus akan digunakan bagi memberi kefahaman kepada pengundi di kawasan ini.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum 2013, Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 Sept ini sebagai hari penamaan calon, 21 Sept sebagai pengundian awal manakala 25 Sept hari mengundi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment