Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 4, 2014

No Comment

LONDON – Wayne Rooney merakam aksi pertamanya sebagai kapten negaranya dengan menjaringkan gol bagi membolehkan England menewaskan Norway 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

Penyerang Manchester United itu menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-68 selepas Raheem Sterling dijatuhkan, sekali gus menyaksikan kemenangan pertama England sejak Piala Dunia Brazil lalu yang menyaksikannya tersingkir awal.

Jaringan Rooney itu adalah yang ke-41 bagi negaranya dan kemenangan pertama England dalam lima perlawanan menjelang saingan kelayakan Euro 2016 di Switzerland, Isnin ini.

Pengurus England, Roy Hodgson kali ini turut menurunkan pemain tengah Aston Villa, Fabian Delph dan pertahanan Arsenal, Calum Chambers, dengan rakan sepasukan barunya Danny Welbeck pula diturunkan pada separuh masa kedua.

Namun, perlawanan itu menyaksikan jumlah penonton yang merosot apabila hanya 40,181 orang memenuhi Wembley – rekod paling rendah dalam sejarah tujuh tahun Wembley. – AFP

0 comments:

Post a Comment