Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 3, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Jenazah bapa Menteri Besar Terengganu, Allahyarham Abdul Rahman Mohammad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Takir di sini kira-kira 11.30 pagi ini.

Terdahulu jenazah disembahyangkan di kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di Seri Iman kira-kira pukul 10 pagi.

Ahmad Razif dan adik beradik lelakinya dilihat turun ke liang lahad untuk menyambut jenazah bapanya dan menyempurnakan pengebumian jenazah manakala talkin dibacakan Mufti Terengganu Datuk Wan Zulkifli Wan Muda.

Setiausaha politik perdana menteri Datuk Jailani Ngah dan Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Zubir Embong merupakan antara lebih 2,000 penduduk kampung, rakan, pegawai kerajaan serta Exco kerajaan negeri hadir mensolatkan jenazah serta memberi penghormatan terakhir.

Abdul Rahman, 86, meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang semalam di Seri Iman akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham meninggalkan sembilan orang anak iaitu lapan lelaki dan seorang perempuan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment