Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 18, 2014

No Comment


PEMAIN Newcastle United, Jonas Gutierrez mendedahkan pada malam Selasa yang dia sedang menjalani rawatan kanser usus.
Gutierrez, 31, yang merupakan bekas pemain antarabangsa Argentina telah kembali ke negara asalnya sebaik sahaja di diagnos dengan penyakit itu untuk menerima rawatan lanjutan.

“Sebaik sahaja saya disahkan mengidap kanser saya terus kembali ke rumah sambil menangis. Ia adalah saat yang paling sukar dalam hidup saya,” katanya.

Menurut Gutierrez, walaupun dia masih pemain Newcastle tetapi dia telah mengambil keputusan untuk membiayai perubatan pembedahan membuang tumor itu di Argentina.

“Sejak menjalani kemoterapi, rambut panjang saya mula gugur. Ia sesuatu yang sukar untuk diterima tetapi akhirnya saya menerimanya sebagai satu realiti,” katanya lagi.

Gutierrez, menyertai Newcastle dari Real Mallorca pada 2008 dan menghabiskan separuh kedua musim lalu bermain secara pinjaman dengan Norwich City. - mStar

0 comments:

Post a Comment