Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 10, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Jualan runcit keseluruhan Ford Motor Company pada Ogos melonjak 53 peratus kepada 1,124 unit, dipacu oleh permintaan yang kukuh untuk model Ranger dan Fiesta.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata Ranger kekal trak pikap kedua paling laris dalam pasaran, dan jenama Ford mencapai jualan terbaik di Malaysia dengan jualan runcit pada Ogos meningkat 63 peratus tahun ke tahun kepada 722 unit.

Jualan Ranger setakat ini naik 54 peratus kepada 5,257 unit selain permintaan kukuh berterusan untuk semua model lain.

“Daya tarikan lasak dan keseluruhan keupayaan Ranger terus memikat ramai pelanggan kerana gayanya sesuai dengan semua pekerjaan serta gaya hidup di Malaysia,” kata Pengarah Urusan, Malaysia dan Pasaran Pesat Membangun Asia  Pasifik David Westerman.

Jualan runcit Fiesta mencecah 256 unit, membantu merangsang jualan sejak awal tahun hingga setakat ini kepada lebih 26 peratus itu 2,381 unit.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa permintaan untuk Fiesta kukuh, didorong oleh prestasi tinggi enjin EcoBoost 1.0 liter, untuk varian enjin TiVCT 1.5 liter global.

Kuga SUV dan Focus yang padat dengan teknologi turut menyumbangkan lebih 1,300 unit, dengan jualan runcit keseluruhan Ford sejak awal tahun hingga kini meningkat 32 peratus kepada 9,034 unit – prestasi terbaik, setakat ini tahun ini serta sejak dua dekad lalu.

Westerman menjangka kereta EcoSport kompak urban SUV semua baharu memberi dorongan besar kepada prestasi jualannya pada September – bulan pertama ia muncul di pasaran. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment