Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Lebih banyak kajian harus dijalankan oleh profesional industri media, pakar pendidikan dan pembuat dasar untuk memperkenalkan dasar dan garis panduan lebih baik serta hala tuju perlindungan kandungan media bagi kanak-kanak di seluruh dunia, kata Datin Seri Rosmah Mansor.

Isteri Perdana Menteri berkata kajian itu harus meliputi pelbagai aspek media termasuk mereka program berdasarkan tahap perkembangan dan umur serta kaedah pembelajaran berbeza bagi setiap kanak-kanak selain menyekat kandungan yang keterlaluan bagi melindungi minda mereka yang masih muda apabila mereka melayari internet.

“Mereka bukan hanya perlu meningkatkan pengetahuan kanak-kanak, tetapi juga harus memberi tunjuk ajar bernilai tentang kehidupan dalam masyarakat yang akan membentuk kepercayaan, sikap dan tingkah laku terhadap kekuatan dalam kepelbagaian.

“Mereka juga boleh memainkan peranan positif dalam pembinaan bangsa dengan menerapkan kesatuan sosial dan menyatukan keharmonian kaum,” kata Rosmah dalam ucaptama pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Media Bagi Kanak-Kanak (WSMC) 2014, di sini hari ini.

Beliau menambah pendidik termasuk ibu bapa perlu menguasai kemahiran menggunakan media sebagai alat mengajar untuk memupuk reflektif dan pemikiran kritikal serta menggalakkan rasa ingin tahu.

Selain itu, Rosmah berkata mereka perlu mengawal tabiat anak-anak ketika menonton televisyen, permainan video dan penggunaan internet dengan menonton bersama-sama mereka dan membimbing mereka membezakan mana yang betul dan salah.

“Ia adalah kenyataan, gaya hidup kita hari ini tidak dapat lari daripada media. Kita semua bergantung kepada maklumat dan komunikasi untuk meneruskan kehidupan kita melalui aktiviti seharian.

Kesan media ini terhadap kanak-kanak apabila mereka membesar akan mencorakkan tabiat sosialisasi, pembelajaran dan kesihatan mereka,” kata Rosmah. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment