Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 2, 2014


Jenazah juruterbang MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin disemadikan pada umurnya genap 50 tahun, hari ini.

Adiknya arwah, Wan Ahmad Khairul Wan Hussin berkata, 2 September adalah tarikh lahir Allahyarham dan hari ini genaplah umur arwah 50 tahun.

“Tarikh ini sangat istimewa kerana bukan sahaja ulang tahun hari jadinya, malah hari di mana dia selamat dikebumikan.

“Saya bersyukur kerana Allahyarham dibawa balik ke Malaysia dengan selamat dan jenazahnya dapat dikebumikan dengan sempurna,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
Menurutnya, dia juga bersyukur kerana Allahyarham meninggal secara baik kerana pergi menghadap Illahi pada 10 hari terakhir di bulan Ramadan.

“Arwah pergi pun secara baik, maka kita yang hidup inilah yang perlu meneruskan hidup yang masih berbaki.
“Bagi ahli keluarga mangsa yang senasib dengan arwah abang saya, saya doakan semoga mereka tabah mengharungi dugaan ini,” katanya.
Dia berkata setiap yang hidup pasti mati dan itu hakikat dan dunia ini hanya pinjaman, yang membezakan hanyalah cara individu itu meninggal. - The Rakyat Post

0 comments:

Post a Comment