Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 8, 2014

No Comment

LONDON – Dua bulan selepas menjulang Piala Dunia, Jerman membuka kempen kelayakan Kejohanan Eropah 2016 dengan kemenangan 2-1 ke atas Scotland manakala Portugal dan Greece tumpas dalam perlawanan masing-masing.

Thomas Mueller menyumbatkan kedua-dua gol Jerman menerusi tandukan berbisa pada minit ke-18 dan rembatan jarak dekat pada minit ke-70, cuma empat minit selepas Ikechi Anya menyamakan kedudukan untuk Scotland.

“Saya puas hati dengan tiga mata ini. Amat penting untuk mulakan kempen dengan kemenangan,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.

Skuad Jerman kini belum kalah dalam 33 perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah atau Piala Dunia.

Sementara itu, skuad Portugal yang turun beraksi tanpa bintang mereka, Cristiano Ronaldo kalah 1-0 di gelanggang sendiri kepada Albania manakala Romania yang terpaksa bermain dengan 10 orang menundukkan Greece 1-0 dan Serbia pula seri 1-1 dengan tuan rumah Kejohanan Eropah 2016, Perancis dalam perlawanan persahabatan. – AP

0 comments:

Post a Comment