Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 4, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kemelut politik di Selangor tidak akan menjejaskan projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Katanya, sehingga ini, tapak pembinaan dan persiapan projek LRA Langat 2 kini berjalan lancar dan segala urusan jual beli tanah telah pun selesai.

“Malah pembelian tiga pemegang konsesi utama dalam industri air di Selangor, kini telah mencapai persetujuan untuk menandatangani perjanjian jual beli bersama Kumpulan Darul Ehsan Berhad, dijangka pada minggu ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pameran dan Persidangan mengenai Dasar Kehilangan Air di Asia (WLA) di sini, hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga syarikat pemegang konsensi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga (PNSB), dan Konsortium ABASS manakala Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor (Splash) masih dalam rundingan.

Projek Langat 2, yang tertangguh sejak 2008, dapat diteruskan selepas Selangor bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang ‘Perintah Pembangunan’ selepas menandatangani perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada 26 Feb lepas.

Projek itu antara komponen utama Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor bagi merawat 2,260 juta liter sehari (JLH) air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Sungai Langat bagi memenuhi keperluan permintaan tambaha bekalan di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya sehingga 2025.

Ia dijangka siap sepenuhnya pada 30 April 2017 secara berperingkat dan menelan kos kira-kira RM3 bilion.

Mahdzir berkata, kemelut politik di Selangor tidak seharusnya dibiar sehingga menjejaskan kebajikan rakyat di negeri itu.

“Kita bukan bercakap mengenai PAS, UMNO, DAP, PKR, sekarang kita cakap pasal rakyat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya yang terpaksa menghadapi masalah dengan gangguan air sehingga kini,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment