Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 18, 2014

No Comment

Kuala Lumpur: “Kalau orang muat naik gambar saja, sibuk nak tengok bahagian-bahagian yang tak perlu. Kalau gambar itu kecil pun sanggup ambil (screenshot) supaya boleh zoom dan jadikan isu,” tegas penerbit drama dan pelakon, Ziela Jalil mengenai cemuhan segelintir pihak berhubung dakwaan dia memakai baju kurung jarang dan menampakkan bentuk payu daranya di Instagram, semalam.

Ziela atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil, 44, berkata, dia pelik dengan provokasi ditimbulkan pihak tertentu yang sengaja mahu menimbulkan kontroversi atas perkara tidak berasas.


“Baju jarang? Bukan jarang sebenarnya. Baju itu nampak dada jadi saya ambil tindakan untuk kaburkan bahagian dada sebelum muat naik gambar itu di Instagram. 

“Tapi nampaknya sesetengah orang kita ini memang suka tengok gambar yang tak dikaburkan itu. Selepas itu nak kritik dan hentam pula,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini, petang semalam.

Kekecohan itu timbul semalam apabila sesetengah pihak melakukan provokasi terhadap Ziela selepas dia memuat naik sekeping gambar berbaju kurung yang dikaburkan pada bahagian dada ketika menghadiri majlis perkahwinan kelmarin.

0 comments:

Post a Comment