Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 3, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji penggunaan teknologi terowong dalam industri pembinaan kerana ia didapati menjimatkan kos, efisien dan mesra alam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, teknologi itu dianggap sebagai penyelesaian terbaik bagi menangani masalah peningkatan kos untuk penyelenggaraan cerun.

"Sejak lima tahun lepas, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM470 juta di seluruh negara untuk mengatasi isu ini dan kami percaya terowong ialah penyelesaian terbaik.

"Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada saya bahawa kos penyelenggaraan cerun di jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands terus meningkat setiap tahun," kata beliau ketika berucap merasmikan Seminar mengenai Terowong dan Struktur Bawah Tanah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pembangunan ruang bawah tanah melalui teknologi terowong mewujudkan lebih banyak hartanah untuk menjana kekayaan negara memandangkan bandaraya seperti Kuala Lumpur mula sesak kerana ruang yang terbatas.

Fadillah berkata, JKR sebagai perunding kepada kerajaan harus memberi keutamaan dan menjalankan usaha bersepadu untuk mengukuhkan jabatan geoteknikal dengan pengambilan kakitangan yang mahir dan mengembangkan kecekapan teras yang diperlukan bagi teknologi ini.

Beliau juga berkata sektor kejuruteraan tempatan dan kontraktor perlu melengkapkan diri dengan teknologi yang diperlukan untuk membangunkan projek pembangunan ruang bawah tanah pada masa depan.

"Saya membuat gesaan ini kepada institusi pengajian tinggi terutama universiti, supaya memasukkan bidang teknologi terowong dalam sukatan pelajaran dan menggalakkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang ini," kata beliau.

Seminar tiga hari anjuran bersama Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) dan Jabatan Kerja Raya mulai hari ini hingga Khamis untuk mengkaji dan membincangkan penggunaan ruang bawah tanah pada masa kini dan masa depan di negara ini. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment