Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 6, 2014

No Comment


KANGAR – Jaminan untuk tidak menarik kebebasan bersuara di media sosial membuktikan bahawa kerajaan telus dan berani ditegur oleh rakyat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kerajaan mahu mendapatkan maklum balas dan mendengar pandangan daripada masyarakat pelbagai lapisan berhubung dasar dan rancangan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, ada segelintir rakyat dan pemimpin parti politik menyalahgunakan hak kebebasan bersuara untuk mencetuskan provokasi yang boleh menggugat keharmonian, keamanan dan keselamatan negara.

“Pemimpin parti politik juga sepatutnya tahu apa yang boleh diucapkan dan yang mana perlu disimpan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kangar di sini hari ini.

Ahmad Shabery, yang ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak menarik kebebasan bersuara di media sosial.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Jerlun, Kedah, semalam.

Terdahulu semasa berucap pada mesyuarat perwakilan itu, Ahmad Shabery berkata Umno bukan parti yang mengamalkan nepotisme seperti yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata Umno akan memastikan tiada anak-beranak pemimpinnya dibenarkan menguasai parti itu.

Mesyuarat perwakilan itu turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Azlan Manyang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment