Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 20, 2014



KUCHING:  Keadaan menjadi huru-hara apabila sebuah kereta tiba-tiba merempuh sebuah kedai kopi berhampiran Kuching Sentral pada malam Khamis, menyebabkan pelanggan 'berterbangan' bersama pinggan mangkuk.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.00 apabila pengendali kedai bersama dengan pembantunya sedang sibuk menyediakan makanan untuk pelanggan.

Secara tiba-tiba sebuah Perodua Alza yang dibawa oleh seorang wanita merempuh kedai kopi berkenaan dan melanggar beberapa buah meja menyebabkan beberapa pelanggan bertempiaran menyelamatkan nyawa.

Bagaimanapun, pengendali kedai dan pembantunya tidak dapat mengelak dari kereta tersebut. Tapi mereka berdua bernasib baik kerana hanya cedera ringan sahaja. Kedua mereka telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Pemandu Alza itu pula, yang dikatakan bekerja di kedai dobi berhampiran, tidak cedera dalam kejadian tersebut - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment