Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 5, 2014


Nama Zul Ariffin memang mencanak-canak naik popularitinya selepas membintangi drama Rindu Awak 200% baru-baru ini. Abang Nara agak misteri juga mengapa Zul Ariffin agak lambat menjadi popular. Muka pun kacak, badan tough, bujang, senyuman manis dan yang pasti, lakonannya mencairkan hati para gadis. Mungkin sebelum ini tidak ada drama yang benar-benar menyerlahkan bakat Zul Ariffin. Apa pun, biar lambat asalkan popular jugak. Tak gitu?

Walaupun drama Rindu Awak 200% telah tamat, namun nama Zul Ariffin masih menjadi bualan ramai terutama di kalangan gadis-gadis. Terbaru, sekeping gambar kakinya yang amat ‘sado’ telah menjadi topik hangat di Instagram. Ramai gadis-gadis yang melahirkan rasa ‘geram’ mereka dengan ke’tough’an kaki pelakon ini. Abang Nara yang lelaki nie pun rasa jeles. Itu baru kaki. Belum lengan, dada dan sebagainya.


Ramai gadis-gadis yang memberi komen ‘tidak boleh tidur malam‘, ‘amboi sadonya‘ dan ‘i want to make him mine‘ apabila melihat ke’sado’an kaki Zul Ariffin. Dasyat sungguh penangan lelaki kacak ini. Abang Nara gelak-gelak je baca komen yang diberikan. Kelakar jugak peminat-peminat Zul Ariffin nie.



Gadis-gadis tak apalah nak nakal-nakal sikit macam ini. Kalau anda seorang mak dan isteri, diharap anda mengawal perasaan nakal anda itu. Hehehe. Apa pun semoga populariti Zul Ariffin tidak akan jatuh selepas tamatnya drama Rindu Awak 200%. Kenalah terus berlakon dalam drama yang best-best. Kekalkan momentum yang sedia ada. Tak gitu? Lagi beberapa gambar si kacak Zul Ariffin dengan membaca artikel ini sepenuhnya. - Beautifulnara

0 comments:

Post a Comment