Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 5, 2014

No Comment

ALOR SETAR – Pendekatan kesederhanaan yang diamalkan negara sejak sebelum Merdeka, perlu dipertahan kerana ia penting untuk mengimbangi fahaman ekstrem yang cuba menguasai naratif sosial negara.

Untuk itu, Kerajaan Persekutuan diharap mempertimbang semula hasrat menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan tiga akta baharu, selepas pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat 1969.

Perkara itu dinyatakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ketika berucap sempena perasmian Persidangan UMNO Bahagian Jerlun yang disempurnakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, beliau berkata dari Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri kepada kontrak sosial dan Rukunegara, disusuli Dasar Ekonomi Baru sehingga terkini Gagasan 1Malaysia, Gerakan Moderat Sedunia dan Wasatiyyah, semuanya bertujuan mempertahan jalan tengah yang mengambil kira semua tanpa menidakkan mana-mana golongan masyarakat seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Katanya, dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, dasar yang tidak ekstrem perlu dipertahankan agar tidak tercetus pertelingkahan yang merebak menjadi keganasan seperti yang berlaku di beberapa negara termasuk du negara jiran.

“Saya berpendapat bahawa pendirian moderat ini perlu tegas dipertahankan supaya tidak diperkosa oleh unsur-unsur ekstrem.

“Ironinya kita memerlukan dasar-dasar dan undang-undang yang kelihatan ‘draconian’ untuk melindungi pendekatan kesederhanaan atau moderat ini dan undang-undang bersifat halangan yang mungkin kelihatan ekstrem sahaja dapat membendung ekstremisme,” katanya. - BH Online

0 comments:

Post a Comment