Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 15, 2014

No Comment

Seorang ketua geng dalam penjara awal-awal lagi memberi amaran mengugut untuk 'mengenakan' Pistorius, jika dia cuba untuk menggunakan kekayaannya untuk mendapatkan keistimewaan dalam penjara.

Di bawah undang-undang Afrika Selatan, Pistorius, 27, berdepan hukuman sehingga 15 tahun penjara, selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp.

Pistorius boleh hanya dikenakan denda, tetapi jika dipenjarakan, dia boleh dihantar ke Penjara Pusat Pretoria yang terkenal, yang dikenali sebagai C-Max.

Bercakap dari dalam penjara, seorang ketua geng yang menggelarkan dirinya The General, memberitahu akhbar Sun bahawa Pistorius perlu 'menempuh pelbagai rintangan' jika dia cuba untuk menggunakan status selebriti dan hartanya untuk menikmati pelbagai kemudahan dan keselamatan di penjara.

"Sesiapa yang fikir mereka boleh datang ke sini dan hidup seperti seorang raja, akan merasa 'pukulan' di kepala mereka," Khalil Subjee, pemimpin 26s, geng terkenal kepada akhbar itu.

"Jika dia fikir dia boleh mendapat akses komputer dan telefon mudah alih, dia perlu tahu itu tidak akan berlaku selagi aku berada di sini," kata Subjee, 47, yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

0 comments:

Post a Comment