Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 20, 2014

34 comments
Gambar sekadar hiasan

"Kau okay ke?"

Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut,

"Tak lama lagi dah nak nikah. Persiapan semua dah buat. Kad pun dah tempah.

Tapi, beberapa hari ni aku sedih sangat. Kadang-kadang, macam nak gila pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Bengkel terpaksa tutup selama dua hari. Fikiran entah ke mana.

Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain."

Aku terkejut.

"Biar betul? Kan dah 3 tahun kau kenal dia? Takkan senang-senang saja dia tinggalkan kau."

"Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni."

Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi.

"Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa-biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama.

Masuk tahun kedua, dia selalu mengadu kawan-kawan tempat kerja dan orang sekeliling prejudis padanya. Selalu mengata obesiti dia. Selalu kritik tubuh badannya. Aku suruh dia bersabar. Jangan peduli kata orang. Bagi dia kata-kata semangat. Buat apa dengar cakap orang, aku kan ada selalu sayangi dirinya. Sekurang-kurangnya dia ada aku.

Lama-lama, aku rasa tercabar. Aku niat nak transform dia jadi macam wanita lain juga. Cantik macam orang lain. Dari saat tu, aku kerja rajin-rajin siang malam. Tak banyak pun aku dapat kerja pomen. Untung kadang-kadang atas barang, selebihnya atas perkhidmatan. Kalau dengan geng-geng datang repair, tak bolehlah nak caj banyak. Harga sedara-mara je lah. Akhirnya, selepas 3 bulan bertungkus lumus, dah macam orang minyak dah siang malam tangan dan muka penuh minyak hitam, cukuplah bajet aku.

Aku hantar dia pusat kecantikan. Khas untuk kuruskan badan. Beribu jugalah habis untuk set kecantikan hujung rambut sampai hujung kaki. Kos untuk gym dan lain-lain.

Aku buat semua ni sebab aku sayang. Aku taknak dia terhina dan rasa rendah diri. Kalau dia happy, aku pun happy.

Hasilnya, lepas enam bulan, aku pun tak sangka. Dia akhirnya berjaya kurus slim dan cantik menawan. Dah macam model. Cantik sangat. Siapa kata perempuan gemuk tak boleh cantik? Sekarang, yang mengutuk tiada lagi, diganti dengan pujian. Dia pun tambah sayang dekat aku. Kemudian, kitorang bertunang.

Masa bertunang, aku kerja makin rajin. Aku nak beli kereta untuk dia. Wira je pun. Senang dia nak pergi kerja. Awal tahun ni, aku pun berjaya belikan kereta. Atas nama dia. Second hand je pun. Tapi, aku dah repair semua macam baru. Modified full set.

Tapi minggu lepas, dia datang ke bengkel aku. Betul-betul buat hati aku hancur berkecai. Dia nak putus. Dia pulangkan balik cincin tunang.

Aku merayu dia semampu hati. Tapi, lagi mencalarkan hati aku. Dia bukan datang sendirian. Dia datang dengan teman lelaki baru. Segak bergaya. Nampak macam orang kerja pejabat. Aku tak mampu kawal kemarahan aku, aku terajang lelaki tu. Dasar lelaki tak boleh tengok perempuan cantik sikit! Tak fikir ke perempuan tu tunang orang. Last2, aku gak yang dimaki perempuan tu. Aku gak yang disalahkan."

Dia dah menitiskan air mata lelakinya. Aku cuba menenangkannya. Tapi, dia menyambung kata,

"Minggu ni, aku suruh dia kembalikan kereta yang aku bagi. Buat apa kereta tu lagi, dah ada kereta yang lagi mewah, kan? Dia tak nak bagi. Dia kata, kereta tu atas nama dia. Dia maki aku mengungkit jasa dan pengorbanan. Dia maki hamun aku cukup-cukup.

Dia lupa ke, selama ni aku yang berdiri di belakang dia support segala-galanya? Lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk dia?"

Aku terdiam. Tak sangka dalam dunia ni, manusia boleh berubah 360 darjah sekelip mata.

"Kau nanti berhati-hatilah. Jangan jadi macam aku, tak perlulah kau berkorban harta dan segalanya untuk orang yang belum sah jadi isteri kau. Pesanlah pada semua baik laki atau perempuan. Jangan kerana sayang, segalanya sanggup. Tak perlu berhabis untuk awek atau pakwe. Manusia masa susah, cari kita. Bila senang, tinggalkan kita.

Aku pun terfikir, kenapa aku tak berhabis untuk masjid ke, untuk agama ke. Untuk Allah, tak pula aku sanggup berkorban apa saja. Untuk Allah yang lebih patut aku cinta, aku tak buat begitu pula. Tapi, untuk orang yang aku cinta, sebaliknya. Patutlah Allah duga aku macam ni. Supaya aku ingat balik dekat Dia. Malunya aku. Alhamdulillah. Aku reda segalanya walaupun hati aku sedih."

Aku pun sebak dengar ceritanya.

Dua tahun kemudian, Allah hadirkan pengganti padanya. Benarlah, bila kita kembali pada Allah, dia akan datangkan yang lebih baik. Lebih cantik, solehah dan boleh hidup susah dan senang bersama. Dah kahwin pun akhirnya. Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah melainkan untuk hikmah. Kita saja yang selalu salah buat pilihan.

Oleh: Muhammad Rusydi

34 comments:

  1. Profession kita lebih kurang sama, kamu repair kereta rosak dan aku repair perabut rosak, cuma bezanya aku beli dulu baru repair dan kau repair dulu cantik2 baru nak beli. Kenapa tak guna cara aku... haha. Takpe, dah ada pengganti. Cerita ini bagus untuk kawan2 yg belum terkena...

    ReplyDelete
  2. ya. begitulah bila mata sudah dikaburi dgn kebendaan dan duniawi. tapi xpa lah jadi sebelum kahwin. kalau dah ada anak, baru lari, lagi susah hati. org2 yg belum jadi ceni. berhati2 lah.

    ReplyDelete
  3. Poor guy.... Pompuan tu ingat boleh escape macam tu jer ke... Balasan on the way.. Tunggulah engkau...

    ReplyDelete
  4. Sbr bro..allah byr cash dekat org mcm tu...

    ReplyDelete
  5. Allah bersama org2 yg sabar..semoga kisah ini menjadi teladan

    www.bondasihat.com

    ReplyDelete
  6. Ade member aku 2,3 kali gak kene game dgn pompuan. Member aku ni pun satu, x pernah belajar dri kesilapan. Semua nk cri muka model tapi hakikatnye yg muka model2 ni pun ramai yg hati x lawa mcm muka dorg. Bnyk kali ktorg nasihat dak ni, tapi x pernah die nk dgr.

    ReplyDelete
  7. inspiring stories...
    the lady will deserve what she has done soon....

    ReplyDelete
  8. igt..dy tu bekas obesiti..nt ko da gmuk blik..laki ko cari lain..padan muka ko

    ReplyDelete
  9. Sama cm crita budak jual burger yg pernah kuar d radio dlu..

    ReplyDelete
  10. Assalam..ingin menjadi pengedar kosmetik??ingin memiliki jenama kosmetik sendiri??layari laman blog saya untuk keterangan lanjut..

    http://kosmetikibuputih.blogspot.com/

    FB :: https://www.facebook.com/pages/Ibu-putih-kolagen/771880072850633?ref=hl

    ReplyDelete
  11. serious touching ;') alhamdulillah..Allah uji sebab dia sayang...

    ReplyDelete
  12. Baru ni je awek aku mintak hp 1k..aku x beli..majuk kaw2..haha lantak la ko situ

    ReplyDelete
  13. Kalau kita cintakan Allah dan Rasul melebihi yang lainnya kita akan lebih tenang, berserah, bertawakkal... Apa jua yang berlaku dalam hidup ini Allah sudah aturkan ianya berlaku dari azali, sebelum kita di ciptakan Allah sudah sedia mengatur jalan hidup kita... Sehinggalah kita mati dan kemana kita nanti... Bersabarlah wallahuallam

    ReplyDelete
  14. Normal la bgi ak zaman skng nie...baik laki baik pompuan...lu ade harta wa syg sma lu..lu x der harta i benci u..hahahah..wat lek wat peace...semogo fren bhgia ke ank cucu..peace mo war..

    ReplyDelete
  15. Untuk seorang lelaki yang baik wanita itu diletakkan ditempat yang mulia seperti Nabi memuliakan wanita,begitulah juga harap bagi wanita..

    ReplyDelete
  16. Sabar dan syukur wah teman teman ku

    ReplyDelete
  17. Wow , walaupon bkn aku, tp ak rase simpati sgt .. Yelah , ak kan perempuan ... Mmg tak dinafikan yg girl mmg mcm tu .. Tp ta semua .. Sbb , ak pon tunang org ... Dulu sblom tunang .. Ak dan tunang sama2 ssh .. Takde kerja dan takde ape .. Pdhal mase ak knl dye, dye ade keje yg bley jamin mase dpn kami berdua.. Allah uji kami mcm2 .. Pergi kedai mkn pon minum teh suam kongsi 2 ... Haha.. Tp ak ta sedey .... Ak bg support dr segi mental pd dye ..air mata jantan dye mgalir da waktu tu , dye ckp kalo sy tgglkan dye , dye phm sbb dye takde ap2 utk ak.. Ak senyum je .. Yg pasti ak nak dye kuatkan diri dan pandang ke depan ... Akhirnye skrg, dye ade keje yg tetap, da kua kete baru da , ade aset sdri .. Aku cuma lah partimer housekeeping hotel .. Hehe..

    ReplyDelete
  18. Org obes akan senang jadi obes semula..

    ReplyDelete
  19. ermmm. dunia.. perempuan..DUIT.. pngalaman yg lbih kurg. mmg perit nk trima knyataan...alhamdulillah dia pn dh bhgia skrg.. JODOH.. ttp akn mndoakan kbhgiaan org yg PERNAH kita syg.. #SS

    ReplyDelete
  20. ah..ni cerita rekaan...
    yg tukang tulis ni mmg pandai manaip

    ReplyDelete
  21. Kes sama mcm aku kena.perempuan semua sama...akal pendek.apa pun kena sabar.

    ReplyDelete
  22. hahahha nape kau tak rosakan dia.....pandai2lah bf baru dia repair......erkkk maksud aku kereta dia.....

    ReplyDelete
  23. patutlah dulu suami aku tak nak kuar date. dia kata membazir duit je nanti. baik membazir duit untuk isteri. that time terasa gila dia ckp cmtu. ye la ms tu bf gf je. selang seminggu dia hantar meminang. bila da selesai nikah dia bisik kat telinga. " Terima kasih syg, lepas ni boleh la kita kuar date sebab berbaloi belanja isteri daripada makwe." ^_^

    ReplyDelete
  24. Ada hikmah disebalik cerita ni...tu menunjukkan Allah sayang pada Pomen ni dan nak tunjuk jalan yang betul..klik disini..

    ReplyDelete
  25. kisah sy plak laen, die dh hbis byk duit untuk sy.. beli mcm2.. tp bkan sy yg curang, die yg cri org len... n skrang bila die ajak kuar, sy akan ckap dri awak kuar ngn sy n beli mcm2 kt sy, lbh baek awk simpan duit n kawin ngn pompuan 2.

    ReplyDelete