Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 26, 2014

No Comment


MADRID – Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo menegaskan tidak berniat untuk memperlahankan gerakannya sekalipun sudah meledak 12 gol dalam lapan penampilannya bersama Real Madrid, musim ini.

Penyerang kelahiran Portugal itu meledak hatrik ketika Real membelasah Deportivo la Coruna 8-2 minggu lalu dan kian mengganas apabila menyumbat empat gol ketika menewaskan Elce, 5-1, Selasa lalu dalam kempen La Liga.

Dan Ronaldo berkata dia enggan direhatkan jurulatih, Carlo Ancelotti malah mahu terus menyumbang ketajamannya ketika Real membuat kunjungan sukar ke laman Villarreal, esok.

“Kami berada di permulaan musim dan saya mahu bermain untuk meraih keyakinan dan rentak,” kata Ronaldo.

“Apabila masa yang tepat tiba, saya akan berehat dan membuat penggiliran namun ketika ini bukanlah masa yang tepat. Saya mahu terus menjadi baik,” katanya.

Bagi Ancelotti, penyerang utamanya yang berdepan kecederaan sebelum musim baru La Liga bermula mampu menjadi lebih tajam berbanding sebelum ini.

Dan ia turut diakui Ronaldo sendiri yang mengatakan: “Saya merasa baik dan tidak merasa sebarang kesakitan. Saya masih memperbaikinya jadi saya mahu terus seperti ini.

“Saya masih boleh menjadi lebih baik secara fizikal. Saya berlatih dengan keras ketika rehat selepas tidak memperoleh ujian pra-musim yang baik. Begitupun, saya yakin ketika ini dan tidak merasa sebarang kesakitan,” katanya.

Kemenangan besar Realke atas Elce turut ditambah dengan berita gembira apabila buat pertama kali, musuh tradisi Barcelona tercicir mata musim ini ketika menentang Malaga dan hanya ketinggalan empat mata.

Kedudukan teratas La Liga ketika ini diisi Valencia yang menewaskan Cordoba 3-0 sekalipun memiliki jumlah mata sama seperti Barca. – AFP / BH Online

0 comments:

Post a Comment