Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 3, 2014


SEBUAH lagi video menunjukkan seorang wartawan dibunuh dengan kejam oleh Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) tersebar di Internet.

Video yang mula dimuat naik pada Selasa itu menunjukkan anggota Isis memancung Steven Joel Sotloff, wartawan warga Amerika Syarikat (AS).

Sotloff, 31, merupakan menulis mengenai konflik di Timur Tengah untuk majalah Time dan penerbitan lain.

Dia dibesarkan di Miami dan belajar di Universiti of Central Florida pada awal tahun 2000.

Sotloff dilaporkan hilang pada Ogos 2013 di Syria.

Ini merupakan kejadian kedua yang dilaporkan media barat membabitkan dakwaan pembunuhan kejam oleh Isis terhadap wartawan.

Pada 19 Ogos lalu, media barat melaporkan Isis memancung seorang wartawan sambilan yang juga warga AS, James Wright Foley selepas dia dilaporkan hilang sejak November 2012 di Syria. - mStar


0 comments:

Post a Comment