Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 22, 2014

No Comment

LONDON: Frank Lampard - penjaring terbanyak Chelsea sepanjang zaman - hadir selaku pemain gantian untuk membantu kelab baharunya, Manchester City bangkit seri 1-1 ketika menentang pendahulu liga itu, awal pagi tadi.

Keputusan itu turut menamatkan rekod sempurna anak didik Jose Mourinho dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad.

Lampard yang menjaringkan 211 gol untuk Chelsea dan kini mewakili Man City atas pinjaman dari kelab MLS, New York City tampil menolak masuk gol penyamaan pada minit ke-85 selepas hanya berada atas gelanggang selama enam minit.

Andre Schuerrle meletakkan Chelsea di hadapan pada minit ke-71 - lima minit selepas pemain pertahanan City, Pablo Zabaleta dilayangkan kad merah atas terjahan kasar ke atas Diego Costa.

Chelsea masih mendahului carta liga berbekal 13 mata daripada lima perlawanan - mengatasi Southampton dan Aston Villa yang masing-masing memiliki 10 mata.

Crystal Palace turut membuat kejutan selepas bangkit untuk menewaskan Everton 3-2 di laman lawan.

Dalam perlawanan awal, Leicester City membuat kejutan besar menewaskan Manchester United 5-3 di Stadium King Power dengan empat gol dalam tempoh 20 minit.

West Bromwich Albion melangkah keluar daripada posisi tercorot dengan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur - kemenangan pertama mereka musim ini. - Reuters

KEPUTUSAN EPL

Leicester City 5 Manchester United 3

Tottenham 0 West Brom 1

Everton 2 Crystal Palace 3

Manchester City 1 Chelsea 1

0 comments:

Post a Comment