Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Lebih ramai pelajar Australia dijangka melanjutkan pengajian di Malaysia di bawah Rancangan Colombo Baharu Australia, kata Perdana Menteri Australia Tony Abbott.

Beliau berkata kira-kira 40,000 rakyat Malaysia kini menuntut di institusi pengajian tinggi Australia di kedua-dua negara tetapi hanya beberapa ratus orang pelajar Australia menuntut di Malaysia.

“Pada tahun depan, saya dengan sukacita menyatakan bahawa Malaysia bersetuju untuk menjadi tuan rumah pelajar Rancangan Colombo Baharu dari Australia. Saya berharap dalam tahun-tahun akan datang, beberapa ratus itu akan bertukar menjadi beberapa ribu warga Australia menuntut di Malaysia.

“…Ia adalah trafik sehala (sebelum ini), sudah tiba masanya bagi trafik itu menjadi dua hala,” katanya dalam ucapan ringkas pada jamuan petang dan pendidikan di sini hari ini.

Abbott kini dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia, yang pertama sejak menyandang jawatan perdana menteri pada 18 Sept tahun lepas.

Pada sidang media bersama dengan Abbott sebelumnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia secara rasmi menerima jemputan Australia untuk menyertai Rancangan Colombo Baharu.

Rancangan itu merupakan inisiatif kerajaan Australia yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan Indo Pasifik di Australia dengan membantu siswa-siswi Australia untuk melanjutkan pengajian dan mengadakan latihan amali di rantau
ini.

Abbott menyifatkan Malaysia sebagai ‘tempat inspirasi’ bagi pelajar itu untuk datang dan belajar.

“(Malaysia) ialah masyarakat toleransi, aman, terbuka, makmur dan masyarakat Islam pelbagai budaya. Ia sebagai tempat inspirasi bagi pelajar Australia yang akan datang ke di sini dan belajar, bukan sahaja di institusi tempat belajar tetapi juga dari masyarakat.

“Terima kasih kerana bersedia untuk menerima ramai pelajar Australia. saya yakin bahawa ia akan memberi manfaat kepada mereka, baik untuk Australia, Malaysia dan kita semua…ia akan membantu membina masa depan yang lebih cerah,” kata pemimpin Australia itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment