Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 6, 2014

No Comment
Gambar hiasan

TIKRIT 5 Sept. - Seorang lelaki yang menjalani hukuman mati oleh militan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) menyifatkan dia bernasib baik kerana masih hidup selepas tembakan yang dilepaskan oleh kumpulan itu tersasar dan tidak mengenai kepalanya.

Portal Mail Online melaporkan Ali Hussein Kadhim, 23, seorang tentera Iraq dan pengikut Syiah merupakan salah seorang daripada beratus-ratus orang yang diculik oleh kumpulan militan itu di Tikrit pada Jun lalu.

Rakan-rakannya yang lain terselamat daripada hukuman mati, tetapi Ali dan berpuluh-puuh lagi diarahkan untuk menjalani hukuman tembak.

Selepas menembak tiga tentera Iraq pengikut Syiah di belakang kepala, penembak itu bagaimanapun tersasar ketika menembak kepalanya.

Dia kemudian bersembunyi selama tiga hari di kawasan itu selepas menunggu beberapa jam bagi memastikan kumpulan penembak itu berada dari kawasan tersebut.

"Dalam fikiran saya terdengar anak perempuan saya memanggil nama saya," ujarnya.

Dalam kejadian itu, Ali dapat melihat kumpulan militan itu megah sambil mengeluarkan gambar-gambar mayat mangsa yang terbaring di kawasan yang kotor.

Kejadian itu dirakam oleh kumpulan militan itu yang menunjukkan kesemua tahanan dihimpunkan di satu tempat dan kesemua mereka ditembak sebelum kumpulan militan itu meletupkan bangunan-bangunan sekitar.

Rakaman selama 36 minit itu menunjukkan berpuluh-puluh tahanan dalam keadaan muka mereka ke bawah dan tangan mereka diikat di belakang sambil menunggu mereka dibunuh.

0 comments:

Post a Comment