Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

Miri – Mayat seorang lelaki warga Myanmar ditemui terapung di Pangkalan Feri Baru, Kuala Baram, di sini, hari ini.

Mayat pekerja bot tunda, Kyaw Zayar Htut, 25, itu ditemui oleh seorang lelaki ketika datang untuk berjumpa rakannya yang sedang memancing di kuala sungai terbabit, jam 10 pagi tadi.

Difahamkan, kehilangan mangsa sejak dua hari lalu mencetuskan tanda tanya rakan sekerja dan usaha mencarinya menemui jalan buntu sebelum majikannya membuat laporan di Balai Polis Lutong di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superitendan Stanley Jonathon Ringgit ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment