Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Polis menangkap seorang lelaki yang dipercayai memiliki dua butir bom buatan sendiri di hadapan sebuah bengkel di Taman Usahawan, Kepong, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, anggota polis yang melakukan rondaan terserempak dengan kereta BMW 3 Series dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil siasatan mendapati nombor plat palsu yang dipasang di kereta berkenaan sebenarnya milik sebuah kereta jenis Suzuki Swift,” katanya.

Beliau berkata, suspek berusia 35 tahun itu cuba melarikan diri dengan menggigit tangan salah seorang anggota polis, tetapi cubaan tersebut gagal.

“Kita turut merampas sepucuk pistol tiruan jenis Beretta, pisau, bom asap dan sebatang suar yang ditemui di dalam kereta itu,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua bom tangan yang dirampas masih aktif dan mempunyai alat kawalan jauh.

Munusamy berkata, siasatan juga mendapati suspek yang dikehendaki polis itu mempunyai sembilan rekod jenayah lampau berkaitan kes samun dan dadah.

“Kita juga menerima laporan polis daripada pemilik kereta mewah berkenaan yang mendakwa suspek tidak memulangkan semula kereta tersebut setelah dipinjam pada bulan lalu,” katanya.

Suspek ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment