Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 7, 2014

No Comment


KOTA BHARU – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan Majlis Syura parti itu berhak dalam membuat keputusan senarai nama pencalonan Menteri Besar Selangor.

“Kita tidak bincang dengan Pas Pusat. Apa yang penting, akhirnya kita rujuk kepada Majlis Syura,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tindakan parti itu menghantar tiga senarai nama calon menteri besar termasuk seorang calon dari Pas kepada Istana Selangor kelmarin, tanpa pengetahuan Pas Pusat.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas Muhamad Sabu berkata, beliau tidak tahu keputusan menghantar tiga nama itu, sebaliknya masih berpegang kepada keputusan Pas Pusat 17 Ogos lalu.

Dalam pada itu Mustafa memberitahu, beliau difahamkan PKR akan menghantar senarai baru yang mengandungi lebih daripada satu nama.

“Kita serah kepada istana (siapa jadi menteri besar) lebih-lebih lagi saya dengar mereka (PKR) nak hantar lebih satu nama,” katanya.

Mengulas mengenai PRK Pengkalan Kubor, beliau berkata, terdapat dua pandangan daripada kepimpinan parti dalam menentukan kewajaran parti itu bertanding.

“Kita akan bincang dan buat keputusan dalam mesyuarat itu pada 7 September (hari ini),” katanya. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment