Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 25, 2014



Hari ini, laman Facebook CyberSecurity Malaysia, sebuah organisasi di bawah MOSTI, telah memuat status tentang sejenis malware yang kini sedang giat digunakan oleh penggodam yang mensasarkan pengguna Maybank2U dan CIMB Clicks.

Walaupun malware yang bernama 'Zeus' itu sudah lama wujud, tapi kini penciptanya mula mensasarkan pengguna perbankan online di Malaysia. Sebelum ini, malware yang sama dilaporkan berjaya mencuri lebih US$47 juta!

Di Malaysia pula kerugian sudah dilaporkan sudah mencapai RM60,000 sepanjang bulan ini dan kebanyakan mangsa adalah dari kawasan Lembah Klang, lapor Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Hamza Taib, memetik Utusan Malaysia.

Ikuti butiran dibawah untuk informasi yang lebih jelas mengenai Zeus :

Siapa Mangsa Malware Zeus :

  • Pengguna Telefon Pintar yang menggunakan Android
  • Pengguna Sistem Windows yang tidak di update


Bagaimana Zeus Bertindak :

    • Malware tersebut akan memaparkan satu laman web palsu yang menyerupai laman web perbankan online dan meminta no telefon dan sistem pengoperasian.

  • Kemudian, malware tersebut akan menghantar satu SMS berupa link kepada satu installer Android (APK). Apabila pengguna menginstall apk tersebut telefonnya akan berada di bawah kuasa penggodam. Dengan cara ini, penggodam dengan senang mendapat maklumat peribadi mangsa.


Objektif Utama Zeus 

  • Mendapatkan username dan password akaun perbankan online mangsa
  • Mendapatkan kod pengesahan TAC dari bank di dalam SMS mangsa 

Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna diminta bagi mengemaskini perisian antivirus dan juga sentiasa berhati-hati apabila berurusan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan perbankan online. Pastikan aplikasi yang anda install berasal dari Play Store.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai malware ini sila ke laman cybersecurity. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar mengenai malware ni, boleh lihat kodnya di github . - SiakapKeli.com

1 comments:

  1. walaupun iphone6 boleh dibengkok sampai patah tp sistem sekuriti operasinya sgt kebal berbanding android..

    ReplyDelete