Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 4, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines menawarkan pakej perjalanan ke pelbagai destinasi antarabangsa sempena pameran MATTA selama tiga hari yang berlangsung mulai esok.

“Pada pameran itu, pelanggan akan menghadapi kesukaran untuk memilih dengan pelbagai tawaran kelas ekonomi dan perniagaan ke destinasi Malaysia Airlines dan oneworld.

“Tambang bermula dari RM300 ke Singapura, RM350 ke Bangkok, RM400 ke Jakarta, Yangon atau Phnom Penh, RM500 ke Saigon atau Denpasar, RM950 ke Perth, RM1,500 ke Sydney, Melbourne, Adelaide atau Brisbane dan RM2,900 ke Auckland,” katanya dalam kenyatan.

Turut ditawarkan destinasi lain Malaysia Airlines termasuk London dari RM2,800, Paris atau Amsterdam dari RM2,700, Taipei dari RM800, Tokyo dari RM1,700, Incheon dari RM1,200, Hong Kong dari RM750 dan Guangzhou dari RM1,000.

MAS juga berkata tambang pergi balik termasuk semua, yang boleh didapati di laman web www.malaysiaairlines.com, ke destinasi domestik mulai dari RM120 dalam Semenanjung Malaysia atau antara Sabah, Sarawak dan RM260 bagi laluan persimpangan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak.

Tambang oneworld mulai dari RM2,272 ke Amerika Syarikat (termasuk Boston, Chicago, New York atau Honolulu), RM3,199 ke Eropah (Milan, Budapest, Rome, Vienna, Madrid atau Manchester), RM 2,299 ke Jepun, RM2,899 ke Australia dan RM2,500 ke Rusia.

Tambang tersebut adalah bagi perjalanan kelas ekonomi, katanya.

Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia, Datuk Muzammil Mohamad berkata destinasi utama yang mendapat permintaan ialah London, Paris, Sydney, Melbourne, Hong Kong dan Bangkok.

“Kami menawarkan pelancong untuk membeli sekarang dan melancong kemudian dengan tempoh perjalanan sembilan bulan dari 7 September, 2014 hingga 30 Jun, 2015,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment