Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 17, 2014



KUALA LUMPUR, 17 Sept - Malaysia Airlines (MAS) hari ini menggesa pihak berkuasa menyekat laman web parodi kerana menerbitkan artikel palsu yang mengatakan bahawa salah satu kapal terbang miliknya membuat pendaratan kecemasan selepas terbang di atas gunung berapi Iceland.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu, yang telah mengalami dua kemalangan pesawat tahun ini, menyifatkan artikel pada www.worldnewsdailyreport.com bertajuk "Malaysia Airline flight forced into emergency landing after flying over Icelandic volcano" yang disiarkan pada Isnin sebagai tidak bertanggungjawab.

"Berdasarkan tragedi baru-baru ini, kami percaya bahawa cerita-cerita tersebut disebar hanya untuk satu tujuan, iaitu untuk membuat spekulasi, salah faham dan mencetuskan ketakutan dalam kalangan orang ramai yang ingin membuat penerbangan," kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat penerbangan itu berkata mereka tidak terbang ke New York atau mana-mana destinasi di Amerika Syarikat dari Eropah, sepertiman yang dilapor dalam artikel World News Daily Report yang mendakwa Penerbangan MH131 terbang dari Paris ke New York.

World News Daily Report adalah penerbitan web satira politik. Pada laman web, ia ada menyatakan bahawa semua artikel berita adalah "fiksyen" dan "berita mungkin palsu".

MAS hari ini juga mengkritik buku yang ditulis oleh warga New Zealand Geoff Taylor dan Ewan Wilson yang mendakwa juruterbang Penerbangan MH370 yang hilang telah mematikan bekalan oksigen dalam kabin dan membiarkan kapal terbang tenggelam ke dalam Lautan Hindi.  - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment