Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 4, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pelan pemulihan Malaysia Airlines (MAS) perlu menyediakan struktur perniagaan bersesuaian untuk syarikat penerbangan negara itu dalam menghadapi saingan sengit dalam industri penerbangan, kata Menteri Di jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata MAS perlu melalui penyusunan semula strategik atau penyusunan semula yang tegas untuk syarikat itu kembali berdaya maju.

“Ia perlu beroperasi dalam struktur baharu yang cekap memandangkan industri penerbangan sangat kompetitif,” katanya kepada pemberita pada Forum Business Insights Malaysia 2014 Channel NewsAsia hari ini.

Abdul Wahid berkata pelan rombakan RM6 bilion yang diumumkan oleh Khazanah Nasional Bhd merupakan suatu pelaburan memandangkan MAS merupakan aset negara yang strategik.

“Ia dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa memberi taklimat kepada Kabinet, dan butirannya telah diumumkan oleh Khazanah Nasional.

“Kami menyokong penuh langkah-langlah itu. Kami sesungguhnya berharap semua rakyat Malaysia menyokong pelan penstrukturan semula MAS itu,” katanya.

Jumaat lepas Khazanah Nasional mengumumkan pelan 12 perkara bagi membolehkan MAS kembali mencatat keuntungan dalam tempoh tiga tahun penyahsenaraiannya.

Pelan itu turut membabitkan pemberhentian 6,000 pekerja menerusi skim pemisahan sukarela (VSS) selain mewujudkan syarikat baharu (NewCo).

Mengenai ekonomi negara, Abdul Wahid berkata kadar pertumbuhan dijangkakan melebihi 5.5 peratus daripada unjuran asal untuk tahun ini hasil pertumbuhan menggalakkan sebanyak 6.3 peratus pada separuh pertama tahun ini.

Beliau berkata tumpuan kerajaan kini ialah mengukuhkan asas bagi menyokong daya tahan ekonomi jangka pendek dan asas struktur jangka panjang.

“Kini ekonomi Malaysia lebih pelbagai,” katanya dan menambah sumbangan sektor pembuatan menyederhana kepada 24.5 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Beliau berkata sektor perkhidmatan kini menyumbang 55.2 peratus KDNK, sekali gus meletakkan negara pada kedudukan untuk mencapai sasaran 60 peratus menjelang 2020 bagi merealisasikan ekonomi maju sepenuhnya.

Beliau berkata kadar inflasi secara relatifnya rendah pada 3.2 peratus dan Malaysia kini mencatat kadar pekerjaan penuh. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment