Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 17, 2014

No Comment

Jeffersonville (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang pernah didapati bersalah kerana membunuh dan dibebaskan dengan ikat jamin, memecah masuk rumah teman wanitanya, membunuhnya sebelum memasak jantung, paru-paru dan otak mangsa.

Joseph Oberhansley, 33, didakwa melakukan kekejaman itu selepas memasuki rumah teman wanitanya, Tammy Jo Blanton, 46, di Jeffersonville, Indiana, Khamis lalu.

Polis menemui mayat Tammy di bilik mandi dengan kecederaan teruk di kepala, leher dan perut.

Menurut kenyataan polis, mereka menemui pinggan berlumuran darah dan tulang serta peralatan memasak juga dipenuhi darah.

Tammy dilapor menelefon polis jam 3 pagi, 11 September lalu dengan mengadu Oberhansley, 33, cuba memasuki rumahnya. Polis mengusir lelaki itu, tetapi mereka kembali semula ke rumah berkenaan jam 10 pagi atas desakan rakan sekerja Tammy. Mereka kemudian menemui mayat mangsa di dalam tab mandi dengan sebahagian tempurung kepalanya pecah. Menurut laporan tangkapan, Oberhansley mengaku memasak sebahagian otak kekasihnya dan memakannya.

Bagaimanapun, ketika dihadapkan ke mahkamah semalam, Oberhansley mendakwa dia tidak melakukan kekejaman itu.

Dia memberitahu hakim mahkamah Clark County: “Anda silap orang.” Dia dituduh membunuh, melakukan kekejaman terhadap mayat dan menceroboh, tetapi menafikan semuanya.

Oberhansley mempunyai sejarah jenayah sejak 2000 lagi apabila didapati bersalah membunuh tanpa niat dan cuba membunuh teman wanitanya ketika itu, Sabrine Elder, 17, dan mencederakan ibunya.

Hanya beberapa hari sebelum pembunuhan itu, Sabrine melahirkan anak Oberhansley.

Dia dibebaskan pada 2012, tetapi pada 2013 dia didapati bersalah mencekik seorang lelaki di sebuah bar. Dia dibebaskan dengan ikat jamin dua minggu lalu. - Agensi

0 comments:

Post a Comment