Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 3, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR – Maxis Bhd hari ini memperkenalkan pelan Internet semua dalam satu baharunya bagi perniagaan, penyelesaian Perniagaan  MaxisONE, khusus kepada segmen perusahaan.

Ketua Bahagian Enterpris Abraham Foss berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyumbang kira-kira 32 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara dan angka itu dijangka meningkat kepada 41 peratus menjelang 2020.

“Terdapat banyak potensi bagi mereka untuk berkembang dan dengan pemahaman kami mengenai pasaran PKS, yang sangat bergantung kepada pengguna, matlamat kami adalah untuk mewujudkan nilai dan menyediakan kepada mereka cara bekerja yang baharu dan lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran produk di sini, hari ini.

Pelan Internet yang baru dilancarkan itu menawarkan masa berbual dan pesanan ringkas tanpa had serta perkhidmatan gred perniagaan yang menyediakan kepada entiti perniagaan akses pusat hubungan bagi sokongan 24 jam menerusi satu nombor tunggal.

Perniagaan MaxisONE Business juga menyediakan Internet kelajuan tinggi tanpa caj tambahan selepas melebihi kuota. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment