Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 3, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Mayat seorang lelaki yang berlumuran darah ditemui dalam keadaan tertiarap di kaki lima kedai di Lebuh Carnavon di sini, hari ini.

Mayat A. Rajar, 60, ditemui oleh dua lelaki yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata terdapat kesan luka di muka lelaki itu dipercayai akibat jatuh tersembam.

Mayat Rajar dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan sedang dijalankan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment