Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 22, 2014

One Comment

Seorang lelaki yang baru menghantar isterinya ke hospital ditemui mati dalam keadaan menyayat hati bersama motosikal digunakan di sebuah parit di Kilometer 43, Jalan Teluk Intan-–Klang di sini.

Mangsa, Mohd Samsi Roman, 62, dari Taman Bedena Jaya Sungai Besar dipercayai terbabas sebelum ditemui orang ramai kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

Mangsa dipercayai mati dan berada di lokasi kejadian sejak dua hari lalu tanpa disedari sesiapa kerana dia dipercayai terbabas ketika menunggang sendirian.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Asisten Superintendan Polis, Azman Abdul Rahman berkata, mangsa yang menunggang motosikal model Yamaha Lagenda dipercayai baharu saja menghantar isterinya ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam Jumaat lalu.

Menurutnya, mangsa kemudian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum motosikal ditunggang terbabas.

“Tiada saksi yang melihat kejadian itu menyebabkan mangsa gagal dikesan keluarganya.

“Mangsa yang bekerja di sebuah stesen minyak itu ditemui orang awam dalam keadaan mayatnya lengkap berpakaian sebelum kejadian itu dilaporkan kepada polis,” katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke HTAJ Sabak Bernam untuk dibedah siasat.

““Hasil bedah siasat dijalankan pihak hospital mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan hentakan pada paru-paru dan mengalami patah tulang rusuk,”” katanya.

Menurutnya, siasatan kes kemalangan itu dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

1 comments:

  1. Plz delete post awk ni...sbb pic yg awk post ni bkn pic arwah...plz removed.tq

    ReplyDelete