Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 22, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan mengadakan pertemuan bersama penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difahamkan berhubung perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu tiba di Ibu Pejabat PKR di sini pada kira-kira pukul 1.05 tengah hari.

Anwar bagaimanapun belum tiba untuk pertemuan itu.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut dilihat tiba di Ibu Pejabat PKR pada pukul 2.10 petang.

Beliau bagaimanapun terus masuk ke ibu pejabat tanpa memberi sebarang komen kepada media.

Timbul spekulasi mengenai pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, beliau bagaimanapun memaklumkan belum menerima jemputan rasmi daripada pihak Istana.

Dilaporkan, Azmin yang ditemui wartawan di pekarangan rumahnya di Ampang pada pagi Isnin enggan memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan kerana tidak menerima menerima jemputan atau dihubungi pihak Istana Selangor.

“Saya maklum (mengenai pengumuman dan upacara angkat sumpah) melalui berita yang dibaca tetapi secara peribadi, saya belum menerima jemputan.

“Rasanya lebih baik saya tunggu sehingga Istana membuat keputusan,” katanya.

Majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang pada pagi Selasa. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment