Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 4, 2014



KUALA LUMPUR: Tindakan ganas terhadap jurufoto, Mohd Aizuddin Akmal Saad yang ditumbuk ahli keluarga mangsa nahas MH17, Selasa lalu tidak boleh diterima dan dianggap biadap.

Presiden Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA), Zainal Abdul Halim berkata, jurufoto media tidak seharusnya menjadi sasaran (punching bag) untuk pihak tertentu melepaskan geram, sebaliknya mereka hanya menjalankan tugas merakamkan setiap kejadian.

Sehubungan itu, pihaknya mendesak supaya siasatan serta tindakan tegas diambil terhadap individu yang  menumbuk Aizuddin ketika bertugas di di Taman Peringatan Nirvana Sungai Besi.

“Jika pihak media diberitahu bahawa keluarga mangsa tidak mahu sebarang liputan, tentu kami tidak akan suka-suka buat liputan,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi mengenai kejadian ini bagi pihak persatuan, Khamis.

Zainal berkata, kejadian itu menyebabkan Aizuddin mengalami pendarahan dan patah hidung, manakala kamera yang digunakannya rosak.

Jelasnya lagi, sebagai presiden persatuan mewakili jurufoto media negara ini, pihaknya akan menyokong apa sahaja keputusan mangsa selepas ini.

“Siasatan masih dibuat dan bagi saya sebarang keputusan lanjut untuk membawa kes ini ke mahkamah terserah kepada mangsa.

“Tugas kami di persatuan memastikan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya,” tambahnya.

Menurut Zainal, masyarakat ‘berkokok’ mendesak pihak media diberi kebebasan membuat liputan tanpa sekatan.

“Mereka menuntut diberi kebebasan kepada media, lebih bebas daripada yang dinikmati sekarang.

“Malangnya mereka jugalah yang mengenakan sekatan kepada jurufoto media tertentu untuk membuat liputan secara bebas dan mereka ini jugalah yang mengancam jurufoto media,” katanya. – MSTAR ONLINE

0 comments:

Post a Comment