Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus menzahirkan kata-kata semangat kepada keluarga dan waris mangsa nahas pesawat malang Malaysia Airlines (MAS), MH17 sempena dengan Istiadat Penghormatan dua lagi jenazah pagi ini di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Today we bring home two more victims of #MH17 . My prayers are with their families in these trying times (Hari ini kita membawa pulang dua lagi mangsa nahas MH17. Doa saya bersama keluarga mangsa di saat ujian ini),” tulis Najib di laman Twitternya, @NajibRazak sebentar tadi.

Awal pagi ini, dua lagi jenazah yang terkorban dalam nahas MH17 tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA sekitar jam 8.28 pagi menerusi penerbangan MH19.

Kumpulan keempat jenazah mangsa nahas adalah Tambi Jiee, 49, dan Benjamin Lee Jian Han, 1.

Sehingga kini, daripada 43 rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, 34 mangsa yang terdiri daripada 20 penumpang dan 14 anak kapal sudah dikenal pasti, manakala sembilan lagi masih dalam proses pengecaman.

Dalam perkembangan lain, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kini berada di Kiev, Ukraine dalam lawatan kerja bagi membuat rundingan memastikan keselamatan pasukan penyiasat Malaysia terjamin ketika memasuki kawasan nahas.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia ditembak jatuh di wilayah Donetsk pada 17 Julai lepas. ─ Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment