Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 2, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Juruterbang pesawat MH17, Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin merupakan seorang dermawan yang sering memberi sumbangan kepada Rumah Perlindungan Positive (POSHe) di Kapar, Selangor.

Yang Dipertua Rumah Perlindungan Positive (POSHe), Mohd Fakhrul Azizi Abdul Kadir berkata, Allahyarham merupakan antara penderma utama bagi rumah perlindungan untuk anak-anak yatim positif HIV, sejak empat tahun lalu.

“Banyak sumbangan dari segi keringat dan wang ringgit telah diberikan. Sumbangannya cukup besar untuk pertubuhan ini (rumah perlindungan).

“Saya terkilan dengan pemergian arwah tetapi sebagai umat Islam, saya terima akan qada dan qadar ini.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga Kapten Wan Amran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, pagi Selasa.

Allahyarham Kapten Wan Amran merupakan antara sembilan jenazah yang tiba di Kuala Lumpur pada pukul 8.30 pagi Selasa.

Mohd Fakhrul berkata, kali terakhir beliau berkomunikasi dengan arwah adalah pada Ramadan lalu menerusi aplikasi Whatsapp.

“Hampir setiap bulan beliau memberi sumbangan. Selalunya kami banyak berkomunikasi dalam group whatsapp pertubuhan ini.

“Kami amat sedih dengan pemergiannya. Kita terserah kepada Allah,” katanya tanpa mendedahkan jumlah sumbangan Allahyarham Kapten Wan Amran kepada rumah perlindungan itu.

Seramai 15 anak-anak yatim ditempatkan di Rumah Perlindungan Positive di Kapar, Selangor.

Mohd Fakhrul menambah: “Dia banyak memberi sumbangan tak kira wang ringgit, barang-barang. Memang dia banyak beri sumbangan, dia memang seorang dermawan.”

Pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai lalu di timur Ukraine dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment