Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pernah berlakon sama dalam drama Kelas 601 untuk siaran Astro Tutor TV, Wak Doyok menjelaskan beliau meminati Elfira Loy tidak lebih daripada seorang peminat biasa kepada artis.

Wak Doyok yang cukup terkenal di laman Instagram kerana gaya fesyennya selain kumis yang dimiliki, dihubungi BH Online untuk menjawab gosip yang mengaitkan beliau dengan Elfira. Ikuti penjelasannya.

“Minat artis, apa salahnya. Tak ada apa pun antara kami. Dia cantik dan saya pernah bekerjasama dengannya untuk drama Kelas 601 dan mempromosikan jenama Pizza Hut di laman media sosial.

“Insya-Allah selepas ini berkemungkinan akan ada lagi kerjasama membabitkan saya dengannya. Saya suka menyakat dia. Lagipun dia masih budak lagi. Saya selalu usik keningnya dengan kumis saya macam sama,” katanya yang berlakon tiga babak dengan Elfira dalam drama Kelas 601.

Wak Doyok kini turut bekerjasama mempromosikan jenama fesyen Fairuz Ramdan selain menyediakan model baru untuk sama-sama berganding dengannya. Selain itu, beliau juga sering diundang memberi ceramah berkaitan fesyen pada acara dan kepada syarikat tertentu. – BH Online

0 comments:

Post a Comment