Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun hari ini secara rasminya mengambil alih tugas sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berikutan persaraan Tan Sri Mohd Bakri Zinin.
 
Mohamad Fuzi sebelum ini ialah Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia  Bukit Aman.
 
Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) Kuala Lumpur di sini yang disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim.
 
Mohd Bakri menjawat jawatan itu sejak 17 Mei 2013.
 
"Selama hampir 39 tahun berkhidmat dalam PDRM, karier tersebut telah menjadi darah daging saya dan tidak mungkin mudah untuk melupakan pengalaman yang telah dilalui selama berkhidmat dalam pasukan.
 
"PDRM telah membentuk saya, mengajar saya erti kehidupan...telah memberi banyak pengalaman yang tidak dapat diperolehi di tempat lain," kata Mohd Bakri yang menyertai PDRM pada 6 November 1975. - Bernama

0 comments:

Post a Comment