Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 12, 2014

No Comment

PUTRAJAYA, 12 Sept. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengumumkan Mohd Shahar Abdullah, 35, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang yang baharu.

Katanya, pelantikan tersebut adalah satu tindakan yang perlu bagi memastikan khidmat terbaik.

“Shahar mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kepimpinan kerana beliau sebelum ini adalah pemimpin mahasiswa dan perjuangannya bersama Barisan Nasional (BN) dan UMNO sejak di dalam kampus lagi,” katanya kepada UMNO-Online di pejabatnya hari ini.

Beliau percaya pelantikan Mohd Shahar ini akan mendapat sokongan padu daripada semua ketua-ketua pemuda bahagian di negeri Pahang dan dapat menerajui kepimpinan pemuda UMNO negeri terbabit dengan sokongan semua bahagian.

“Harapan kita terhadap Shahar agar dapat memikul tugas berat untuk menarik sokongan pengundi muda pada pilihan raya akan datang dan beliau antara yang muda di kalangan anggota pemuda negeri dan tentunya usia yang muda ini akan dapat meremajakan kepimpinan negeri.

“Saya juga berharap semua peringkat akar umbi, UMNO di cawangan dan bahagian juga memberikan sokongan yang padu kepada beliau,” katanya.

Tegas beliau lagi, soal peremajaan parti berlaku dengan memberi tempat kepada mereka yang berusia sekitar 30-an.

“Ini juga adalah satu bukti bahawa kita sendiri dapat angkat seorang dari kilang Pemuda yang lahir dari mahasiswa dan juga contoh kejayaan proses pengkaderan yang telah bermula sejak lima sepuluh tahun yang lepas.

“Kita sudah lahirkan ramai pemimpin pemuda sebagai pelapis untuk ambil alih tampuk kepimpinan pemuda dan ini adalah satu contoh kelahiran pemimpin baru.”

Sementara bagi Mohd Shahar, beliau melahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberi untuk menjawat ketua pemuda negeri Pahang yang mana ia adalah satu gerak kerja ke hadapan bagi membawa sokongan anak muda.

“Saya yakin inilah caranya untuk parti bertindak iaitu memberi ruang dan peluang kepada anak-anak muda memimpin satu organisasi yang besar.”

Dalam masa yang sama, beliau memberitahu telah bersedia untuk berdepan dengan pembangkang kerana sememangnya telah dijangka malah UMNO sendiri telah melalui satu proses yang besar selama ini.

“Kita akan susun gerak kerja berdasarkan citarasa anak muda maka parti ini mesti memikirkan masa hadapan kerana kehendak anak muda mempunyai banyak kepelbagaian yang perlu dipenuhi oleh parti.

“Saya mempunyai harapan yang besar agar semua pemuda cawangan dan bahagian negeri Pahang akan memberi sepenuh kepercayaan atas kepimpinan yang baru dan apa sahaja yang berlaku pada masa hadapan adalah titik penentu dalam PRU-14.”

Mohd Shahar mengambil alih jawatan tersebut mennggantikan Shaharuddin Ahmad yang berkhidmat selama setahun. – MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment