Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 1, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Kejutan terus ditampil penunggang muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah pada penampilan penuh pertamanya di Kejuaraan Dunia dalam kelas Moto2 musim ini selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix British di kedudukan kelapan, semalam.

Pada aksi Litar Silverstone itu, pelumba pasukan PETRONAS Raceline Malaysia yang bermula dari petak ke-21 itu terus membuka mata pencabar utama dunia lain selepas menamatkan perlumbaan 18 pusingan itu dengan masa keseluruhan 38 minit 47.508 saat.

 Ia keputusan kedua terbaik diraih Hafizh musim ini yang sebelum ini menamatkan perlumbaan di GP Amerika Syarikat di kedudukan ketujuh untuk menduduki tangga ke-19 dalam senarai keseluruhan pelumba dengan mengumpul 29 mata.

Juara Moto2 di Silverstone menjadi milik Esteve Rabat dari pasukan Marc VDS Racing yang menamatkan perlumbaan dengan masa 38'29.795s diikuti rakan sepasukan, Mika Kallio  dengan masa 38'29.858s Tempat ketiga milik Maverick Vinales (Paginas Amarillas HP 40), 38'29.998s.

"Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya saya dengan keputusan ini. Perlumbaan tadi cukup sukar namun saya telah bekerja keras selama ini terutama dalam mempersiapkan fizikal saya untuk berhadapan pelumba-pelumba lain.

   "Ia kunci utama kepada kejayaan ini dan saya akan bekerja lebih keras supaya dapat menyaingi pelumba-pelumba handalan lain.

"Saya berterima kasih kepada pasukan yang membuat persiapan menakjubkan ke atas jentera saya yang begitu kompetitif dan mudah untuk dikendalikan.

 "Tidak lupa juga kepada barisan penaja terutama PETRONAS. Kejayaan ini juga hadiah kepada penyokong saya dan juga hadiah sempena sambutan Kemerdekaan negara.

 Bagi pengurus pasukan, Barry Leong, keputusan ini adalah adalah hadiah terbaik untuk meraikan hari kemerdekaan Malaysia.

 "Hafizh ekali lagi meraih keputusan menakjubkan dan penghargaan juga kepada barisan pasukan ini yang bekerja keras untuknya."

Keputusan Moto2:

1. Esteve Rabat Marc VDS Racing 38'29.795s

2. Mika Kallio  Marc VDS Racing 38'29.858s

3. Maverick Vinales Paginas Amarillas HP 40 38'29.998s

8. Hafizh Syahrin Abdullah PETRONAS Raceline Malaysia 38'47.508s - BH Online

0 comments:

Post a Comment